Pandangan masih rendah

Terhadap keupayaan bahasa kebangsaan dalam bidang periklanan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Pandangan rendah terhadap keupayaan bahasa kebangsaan dalam bidang periklanan masih berlaku, walaupun telah terbukti iklan menggunakan bahasa kebangsaan dapat menjual dan melariskan produk dan perkhidmatan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Edris berkata, kebanyakan syarikat dan karyawan iklan kurang berminat dan mempunyai tanggapan sinis terhadap bahasa kebangsaan kerana berpandapat bahawa bahasa kedua lebih menarik minat pelanggan.

Namun begitu, terdapat juga syarikat dan karyawan iklan yang memberi tindak balas positif kepada usaha memantapkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam periklanan.

“Malah, mereka mula menyedari kepentingan serta keistimewaan bahasa kebangsaan dalam iklan sehinggaadasyarikatkorporat telah mengutamakan bahasa kebangsaan dalam iklan yang bertaraf antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Wacana Bahasa Iklan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah di Hotel Tabung Haji, Sembulan pada Selasa.

Zakaria berkata, pendekatan iklan pelbagai bahasa dan menjadikan rakyat negara ini sebagai sasaran sebenarnya tidak mendukung konsep 1Malaysia yang menekankan konsep saling menerima dan keharmonian semua bangsa, selain tidak memperakukan serta menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa komunikasi.

“Iklan juga tidak sepatutnya ditulis menggunakan bahasa ‘rojak’ atas alasan yang sama.

“Begitu juga, iklan dalam Bahasa Melayu serta Inggeris hanya boleh diterima sekiranya kumpulan sasarannya di tempat yang membabitkan khalayak antarabangsa, seperti di lapangan terbang, pelabuhan, terminal utama bas dan teksi serta pintu sempadan negara,” katanya.

Beliau berkata, bahasa memperlihatkan jati diri sesebuah negara dan Malaysia sebagai negara yang sudah memperakukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak sepatutnya berlaku masalah bahasa dalam paparan umum seperti iklan dan sebagainya.

Katanya, kecenderungan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul memperlihatkan penghargaan dan kebanggaan terhadap bahasa itu.

“Ditambah pula, sifat bahasa itu yang sudah mencakupi semua aspek yang sesuai untuk kesatuan bangsa.

“Kita sebagai rakyat

“Iklan juga tidak sepatutnya ditulis menggunakan bahasa ‘rojak’. DATUK ZAKARIA HAJI EDRIS Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

Malaysia perlu berbangga dengan bahasa kebangsaan yang sememangnya diakui sebagai bahasa yang menyatukan semua bangsa di negara ini, terutamanya di negeriSabahyangmempunyai pelbagai suku kaum dan perbezaan budaya. Bahasa kebangsaan memcerminkan budaya dan jati diri negara,” katanya.

Zakaria berkata, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan salah satu pemangkin utama dalam mewujudkan perpaduan di negara ini yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.

Katanya, hubungan antara kaum dan etnik sentiasa menjadi agenda dalam usaha kerajaan untuk mencapai keharmonian masyarakat dan keamanan negara.

“Dalam hal ini, saya yakin bahawa kecintaan terhadap bahasa kebangsaan yang betul dantepatmelaluipaparaniklan mampu menjadikan generasi muda kita mempunyai jati diri yang teguh sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab,” katanya.

ZAKARIA (berdiri, barisan tengah), Asmiah, Azhari dan para peserta wancana bahasa iklan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.