Perintah berkurung diteruskan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Perintah Berkurung baharu nombor 77 mula berkuatkuasa hari ini bermula jam 6 petang selama 24 jam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din mengisytiharkan lanjutan perintah berkenaan mengikut Seksyen 31(1) Akta Polis 1967.

Menurutnya, Perintah Berkurung itu akan dilanjutkan oleh Menteri Dalam Negeri selama 14 hari bermula 16 sehingga 30 November 2017, jam 6 petang mengikut Seksyen 31(4) Akta Polis 1967.

“Dengan berkuatkuasanya Perintah Berkurung ini, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah.

“Orang lain juga tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang diisytiharkan antara jam 6 petang dan 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan.

“Perintah Berkurung ini juga meliputi kawasan yang sama dengan Perintah Berkurung nombor 76,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.