Pengumpulan data bagi pembinaan terowong di masa hadapan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Usaha untuk mengumpul data penting sedang dilakukan untuk pembinaan lebih banyak laluan terowong di seluruh Sabah pada masa hadapan.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, data-data itu akan dikumpul menerusi wakil rakyat di kawasan masingmasing.

“Daripada data itu, kita akan menilai mengikut kesesuaian yang mana perlu diutamakan dan mana akan dikemudiankan.

“Kos penyelenggaraan terowong adalah lebih murah berbanding jalan raya memandangkan kemudahan itu tahan lama,” katanya ketika mewakili Ketua Menteri merasmikan pembukaan Terowong Sepanggar Kota Kinabalu, di sini pada Selasa.

Beliauberkata,perbelanjaan untuk penyelenggaraan jalan raya yang sering kali rosak disebabkan tanah runtuh ketika musim hujan adalah tinggi.

Sementara penggunaan terowong mengikut kesesuaian kawasan adalah lebih menjimatkan memandangkan ia tahan lama dan tidak perlu kerap diselenggara.

“Terowong jalan raya berkembar pertama sejauh 600 meter ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat di sini yang terdiri daripada enam kampung.

“Mudah-mudahan ia mampu memberikan keselasaan kepada para komuniti peniaga yang menggunakan laluan ini,” katanya. -

PAIRIN menandatangani plak perasmian laluan Terowong Sepanggar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.