Pastikan perencanaan Bajet 2018 dicapai

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu setiap kementerian bersiap sedia bagi memastikan apa yang direncanakan dalam Bajet 2018 mencapai matlamat dan sampai kepada rakyat semuanya.

Perdana Menteri merujuk kepada Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat dasar yang diluluskan persidangan Dewan Rakyat semalam selepas mendapat undian majoriti anggota Parlimen.

“Alhamdulillah, Rang Undang-undang Perbekalan 2018 atau Bajet 2018 diluluskan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama,” katanya menerusi catatan di laman Twitter dan Facebooknya.

Rang undang-undang itu diluluskan melalui undian belah bahagianyangmenyaksikan107 anggota Parlimen menyokong rang undang-undang itu berbanding 59 yang menolak dan 11 tidak mengundi. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.