Ahli Wanita PBS perlu kenal pasti masalah rakyat akar umbi

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Ahli Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) diseru supaya turun padang sehingga ke akar umbi bagi mengenal pasti sebarang isu atau aduan daripada rakyat.

Ketua Wanita PBS Datuk Anita Baranting berkata, Wanita PBS sentiasa memainkan peranan aktif dalam komuniti tempatan dan berusaha membantu mendapatkan aduan rakyat sehingga ke peringkat akar umbi.

“Isuyangwujuddarikalangan rakyat akan disuarakan kepada pemimpin tertinggi agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.

“Wanita perlu memantau dan menangkis segala fitnah yang disebarkan oleh pihak pembangkang khususnya di kawasan pedalaman,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Sementaraitu,KetuaPublisiti Jawatankuasa Penganjur Datin Vicky Yee menjelaskan pendaftaran untuk Perwakilan Tahunan Pergerakan Wanita PBS kali ke-32 akan bermula seawal jam 8 pagi pada 16 Novermber ini di Ibu Pejabat PBS Dongonggon.

Katanya, persidangan bersama Wanita dan Pemuda PBS akan dirasmikan oleh Pemangku Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili pada 17 November, jam 9 pagi di Dewan KDCA Penampang.

“Selepas perasmian itu, para delegasi Wanita PBS akan bergerak ke Tabung Haji Hotel Sembulan untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan.

“Semua perwakilan Wanita PBS digalakkan mengambil peluang ini sebagai platform bertukar idea dan cadangan untuk diserahkan kepada kepimpinan parti,” katanya.

ANITA (duduk, lima kiri) ketika mempengerusikan mesyuarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.