Sebabkan cedera parah, lelaki kena 20 bulan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTAKINABALU:Seorang lelaki yang mencederakan anak buahnya kerana terlupa mengambiltelefonbimbitnya, dikenakan penjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap James Panggoh, 34, yang mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperutukkan, penjara selama tempoh tujuh tahun atau dengan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Elizabeth Simon, 21 tahun, pada 4 Oktober jam 10.15 malam di sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Hubah, daerah Penampang.

Selain itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM2,000 atau penjara dua bulan.

Hasil siasatan pada hari kejadian, tertuduh datang ke rumah mangsa untuk melawat, tertuduh bertanya jika sudah mengambil telefon bimbitnya yang sudah siap dibaiki.

Mangsa memberitahu tidak sempat, beliau akan mengambil telefon berkenaan pada hari Jumaat.

Tertuduh mengikut mangsa masuk ke dalam bilik, lalu menumbuk dan menampar mangsa beberapa kali.

Mangsa segera keluar dari bilik, namun tiba-tiba kepalanya dipukul tertuduh dengan menggunakan objek tajam sehingga berdarah.

Beliau kemudiannya datang ke Balai Polis Penampang untuk membuat laporan dan mendapatkan rawatan di hospital.

Semasa rayuan, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon hukuman yang ringan dikenakan, kerana tertuduh sudah menyesal disamping pengakuansalahmenjimatkan masa mahkamah.

Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin meminta hukuman setimpal dijatuhkan terhadap tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.