Lelaki didakwa edar dadah seberat 50.40 gram

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing berhadapan dengan hukuman gantung mandatori, apabila didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah.

Taditadih Hassan, 26, dituduh mengedar syabu seberat 50.40 gram, pada 31 Oktober jam 6.30 petang di tepi sebuah restoran, Bandar Sierra, di sini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwamengikutSeksyen39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan pada 12 Disember sebagai sebutan semula kes terhadap tertuduh, untuk laporan kimia.

Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh yang diperintahkan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Tertuduh tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa Insp Alberat Basirin.

Dalam kes berasingan, dua lelaki masing-masing dikenakan penjara dan denda atas kesalahan menggunakan dan memiliki dadah.

Malik Ibnu dikenakan penjara enam bulan, selepas mengaku bersalah memasukkan dadah ke dalam badan.

Tertuduh yang disabitkan mengikut Seksyen 15 (1) (a) akta sama, didapati melakukan kesalahan itu pada 2 Oktober di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Kota Kinabalu.

Manakala Mohd Fitri Bokiah didenda sebanyak RM2,000 atau penjara lapan bulan, selepas mengaku bersalah memiliki dadah seberat 0.11 gram.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 12 (2) akta sama, didapati melakukan kesalahan berkenaan pada hari sama di Kampung Lembising, Putatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.