Dipenjara 12 bulan kerana simpan harta curi

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 24 tahun dikenakan penjara 12 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini,ataskesalahanmenyimpan harta curi.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhkan hukuman itu terhadap Jasmin Suaib, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntukkan, penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh menyimpan sebuah telefon bimbit milik seorang lelaki berusia 26 tahun, yang diketahuinya sebagai harta curi.

Kesalahan didapati dilakukan pada 4 November jam 11 pagi di Kampung Muhibah, Likas di sini.

Mengikut fakta kes, pada hari sama jam 5.30 pagi di hadapan stesen minyak Shell Jalan Tuaran, pengadu mendapati pintu biliknya dibuka.

Setelah memeriksa di dalam bilik, beliau mendapati telefon bimbit miliknya dan rakan sebiliknya hilang, dipercayai dicuri.

Ketika rayuan, Jasmin yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringankan, disamping menafikan rakannya Mohd Jinin Janik, 28, terlibat.

Sementara itu, mahkamah menetapkan pada 11 Disember untukpengurusankesterhadap Mohd Jinin, apabila mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Tertuduh didakwa memiliki sebuah telefon bimbit milik seorang lelaki berusia 27 tahun, pada hari dan di tempat yang sama.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah membenarkan tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM1,500 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.