Pandikar cabar Parti Warisan buktikan keikhlasan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh ABD NADDIN HJ SAIDDIN

KOTA KINABALU: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mencabar pihak yang konon berjuang menegakkan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 membuktikan keikhlasan perjuangan mereka kepada rakyat negeri Sabah atau hanya retorik politik sematamata.

InitermasukcabarankepadaParti Warisan sama ada akan meminda Artikel 5A dalam Perlembagaan Negeri Sabah, iaitu agama Islam tidak lagi menjadi agama rasmi negeri Sabah sekiranya parti itu memerintah Sabah.

Menurut Pandikar, cabaran dan persoalan sama dituju kepada Preisden Parti STAR, Datuk Dr Jeffery Kitingan yang turut mendakwa Pandikar memutar belitkanfaktaberhubungPerjanjian Malaysia 1963 atau MA63.

Cabaran itu dibuat kerana pihak terbabit salah tafsir sejarah kemerdekaan pengujudan Malaysia dan perundangan yang berkaitan dengannya untuk menyesuaikan selera dan agenda politik masing-masing.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Pandikar menegaskan sejak kebelakangan ini, isu hakhak negeri Sabah dan Sarawak yang kononnya terhakis atau tidak diambil peduli oleh pihak bertanggungjawab di Kuala Lumpur, hebat diuar-uarkan oleh mereka yang mempunyai agenda politik masing-masing.

Katanya beliau terpanggil membuat kenyataan ini atas kapasiti sebagai Sabahan dan bukan atas kapasiti sebagai Yang di Pertua Dewan Rakyat kerana isu tersebut amat serius.

“Pihak yang mempergunakan isu ini, membuat kenyataan kononnya atas kehendak dan kemahuan rakyat negeri Sabah, seolah-olah pendapat mereka ini dipersetujui oleh semua rakyat Sabah.

“Oleh kerana pihak-pihak ini, kelihatan beria-ia sangat untuk menegakkan hak-hak Sabah yang sepertimana kononnya dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia1963, maka saya mencabar mereka untuk buktikan keikhlasan perjuangan mereka kepada rakyat negeri Sabah,” katanya.

Tegas beliau, cabaran itu berasaskan sepertimana yang dimaklumi umum bahawa sebelum 1976, negeri Sabah tidak mempunyai agama rasmi selari dengan apa yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Bagaimanapun pun, kata Pandikar pada tahun 1976, kerajaan USNO mengubah keadaan itu dengan meminda Perlembagaan Negeri Sabah dengan memasukkan artikel baru – Artikel 5A yang memperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi negeri Sabah.

“Sebelum saya menjawab kenyataan Yang Berhormat Darell Leiking yang juga Timbalan Presiden Parti Warisan yang disiarkan oleh The Borneo Post pada 14 Nov 2017, saya mahu Yang Berhormat Darell Leiking menyatakan dengan jelas iaitu:

“Adakah Parti Warisan akan meminda Artikel 5A dalam Perlembagaan Negeri Sabah, iaitu agama Islam tidak lagi menjadi agama negeri Sabah kalau parti Warisan memerintah negeri Sabah?,” katanya sambil menujukan soalan sama kepada Jeffry Kitingan.

PANDIKAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.