SBCC akan diwujudkan

Bagi memproses sisa buangan sawit dengan lebih baik

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Bagi memastikan sisa buangan sawit dirawat dan diproses dengan baik, beberapa Pusat Pengumpulan Biomas Satelit (SBCC) akan diwujudkan berhampiran kilang sawit di negeri ini.

Lokasi pembinaan pusatpusat pengumpulan itu akan dikenalpasti sebelum menjelang akhir tahun ini.

Apa yang pasti, pembinaan pusat pengumpulan itu tidak akan ditempatkan di Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu, kata Ketua Pegawai Eksekutif POIC Sabah Sdn Bhd Dr Pang Teck Wai.

“Pelabur berpotensi sudah dikenalpasti dan kini kita hanya menunggu kata putus daripada pelabur sebelum membina pusat pengumpulan di kawasan yang dilihat berpotensi oleh pelabur,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai penubuhan SBCC antara POIC Trading Sdn Bhd, BELL Corporation Sdn Bhd dan My Clean Energy Sdn Bhd.

Perjanjian itu ditandatangani bersama Ketua Pegawai Esekutif BELL Corporation Sdn Bhd Datin Dr Liana Low dan Pengerusi My Clean Energy Sdn Bhd Jeffrey Lu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Seri Panglima Raymond Tan

“Pelabur berpotensi sudah dikenalpasti dan kini kita hanya menunggu kata putus daripada pelabur sebelum membina pusat pengumpulan di kawasan yang dilihat berpotensi oleh pelabur, ” DR PANG TECK WAI

Ketua Pegawai Eksekutif POIC Sabah Sdn Bhd

Shu Kiah berkata, ia adalah langkah pertama membawa kepada usaha yang lebih besar dalam menguruskan sisa buangan sawit dengan baik.

Katanya selama ini kebanyakan sisa buangan kilang sawit tidak dirawat dengan baik. Ia memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar.

Buat masa ini, kilang sawit berdepan cabaran untuk menguruskan sisa buangan kilang. Dengan adanya pusat pengumpulan itu nanti, ia akan memudahkan mereka mengumpul dan memproses sisa buangan kilang.

“Ini baharu peringkat permulaan kepada pembangunan yang mampan. Langkah sekecil ini akan memberi impak yang besar kepada usaha memastikan persekitaran kita bersih,” katanya.

Buat masa ini, kilang sawit berdepan masalah logistik untuk memindahkan sisa buangan ke tempat pemprosesan.

Atas sebab itu, usaha diambil oleh tiga syarikat ini untuk membawa pusat pengumpulan sisa buangan lebih dekat dengan kilang sawit.

Pang berkata Sabah mempunyai lebih 1.5 juta hektar ladang sawit. Negeri ini adalah pengeluar utama sawit di Malaysia.

Memandangkan semua biomas mempunyai nilai komersil, usaha diambil bagi memproses sisa buangan menjadi biomas. Ia boleh dijadikan palet, kompos, briket, tenaga mahupun biokimia.

DUDUK kiri-kanan, Jeffry, Pang dan Liana menandatangani dokumen Perjanjian Persefahaman, sambil diperhatikan oleh Raymond (berdiri dua kanan).

DEPAN kiri-kanan, Jeffry, Pang dan Liana menunjukkan dokumen MoU yang ditandatangani bagi mewujudkan SBCC, turut kelihatan Raymond (belakang-dua kanan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.