Lelaki pukul isteri, anak ditahan AADK Keningau

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Seorang lelaki yang sering bertindak agresif dan memukul isteri serta anaknya berpunca daripada pengaruh dadah ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini, malam Isnin.

Lelaki yang berusia 28 tahun itu mengakui sering hilang kawalan dengan memarahi dan memukul isteri serta anaknya tanpa sebab secara kerap apabila di bawah pengaruh dadah, kata Ketua Pegawai AADK Keningau Azry Golbin @Azmi.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan oleh anggota AADK semasa Operasi Cegah dijalankan di sebuah kampung di sini.

“Suspek adalah antara empat orang termasuk seorang wanita yang ditahan dalam operasi itu,” katanya kepada media di sini pada Selasa.

Azry berkata, tiga lelaki dan seorang wanita yang ditahan berumur antara 19 dan 28 tahun.

Katanya, kesemua suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Kesemua suspek positif dadah jenis syabu melalui ujian air kencing.

“Penangkapan semua suspek adalah hasil daripada maklumat dan risikan yang telah dibuat selama seminggu di lokasi berkenaan,” katanya.

ANGGOTA AADK menahan dua suspek di salah sebuah kampung di Keningau, malam Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.