SMK Pantai galak budaya hidup sihat

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

LABUAN: SMK Pantai IB World School, Wilayah Persekutuan Labuan melalui Kelab Guru dan Staf Sokongan telah mengadakan Program Jom Diet Jom Sihat (JDJS) melibatkan 27 orang yang sudah masuk musim ke-4.

Program itu yang telah bermula sejak tahun lalu bertujuan menggalakkan budaya hidup sihat bagi meningkatkan produktiviti kerja dan melonjakkan mutu kerja dalam kalangan warga sekolah.

Setiap peserta menyumbang RM30 seorang untuk tempoh tiga bulan dan penalti RM5 dalam tempoh sebulan sekiranya gagal mengekalkan berat badan atau berat badan meningkat.

Kelab Guru dan Staf Sokongan SMK Pantai IB World School juga menerima sumbangan ikhlas pelbagai pihak dan individu prihatin untuk hadiah yang akan disampaikan pada akhir setiap tiga bulan.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Antaranya permainan badminton, bola jaring, bola sepak, bola tampar dan juga aktiviti mendaki Bukit Kubong serta berbasikal mengelilingi Pulau Labuan.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Pantai Sahar Misron di Bilik Gerakan SMK Pantai IB World School.

Sementara itu, johan JDJS Siri 4/2017 ialah Sairin Linggah (-10.8kg), naib johan, Julianah Jainuddin (-10.7kg) dan ketiga Norlizawati Ag Tahir dan Zaleha Pumb (-5.3kg).

Sagu hati diraih Jeffreson a/l Sanmogram, Claudius Upin Lonsiong Junior dan Ramlae Rashid.

Daripada 27 peserta seramai 22 orang berjaya menurunkan berat badan sehingga ada yang melebihi 10 kilogram.

Penyelaras Program Zaleha Pump@ Pumb, optimis program itu akan diteruskan pada musim ke-5 pada tahun hadapan dan dijangka ada pertambahan peserta memandangkan impak yang positif.

SEBAHAGIAN peserta Program Jom Diet Jom Sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.