Program MEA bantu pelajar kuasai Bahasa Inggeris

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

MALAYSIA English Assessment (MEA) merupakan program untuk pelajar menguasai bahasa Inggeris dengan baik agar lebih berdaya saing serta memenuhi permintaan industri di alam pekerjaan, Dewan Rakyat diberitahu, Selasa.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata program MEA yang dilancarkan kementerian itu menepati kualiti, selaras dengan Common European Framework of Reference (CEFR) dan diiktiraf yang kelayakan yang diperoleh pelajar boleh diguna pakai bukan hanya di Malaysia malah di seluruh dunia.

“MEA merupakan ‘game changer’ (pencetus perubahan)dalampenguasaan bahasa Inggeris pelajar di kolej dan universiti di Malaysia.

“MEA mempunyai dua komponen, komponen formal iaitu taksiran secara formal dan kedua, secara tidak formal. Pembelajaran dilaksanakan dalam situasi sebenar iaitu dalam alam pekerjaan atau aktiviti luar kelas berasaskan tugasan,”katanyapadaWaktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) mengenai usaha kementerian itu dalam meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar sebagai persediaan menempuh alam pekerjaan agar lebih berdaya saing serta memenuhi permintaan industri.

Idris berkata pelbagai program lain dilaksanakan kementerian itu bagi meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan graduan termasuk English Language Enhancement Project dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Bhd untuk pelajar tahun akhir dan kerjasama dengan Cambridge Malaysian Education Development Trust (CMEDT) bagi melaksanakan Cambridge Accessible Tests (CATs). - Bernama

IDRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.