Sukau perlu Kolej Komuniti

Berasaskan bidang pelancongan dan pemasaran

Utusan Borneo (Sabah) - - Rencana -

AHLI Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengesyorkan supaya sebuah Kolej Komuniti berasaskan bidang pelancongan dan pengredan serta pemasaran sarang burung diwujudkan di kawasan ini pada masa akan datang.

Beliau berkata, pusat kemahiran belia itu bakal membuka lembaran baharu dalam program pembangunan insan di DUN Sukau pada masa depan.

“Saya akan mengemukakan cadangan ini ketika Sidang Pembentangan Bajet Negeri 2018 di Dewan Undangan Negeri pada minggu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program We Care We Share We Love, Loving is Caring di Dewan Serbaguna Kampung Paris, Sukau pada Ahad.

Program itu dianjurkan oleh Unit Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan Kolej Komuniti Lahad Datu dengan kerjasama JKKK Paris

3.

Ia menyaksikan seramai

30 pelajar kolej itu terlibat dalam program ‘keluarga angkat’ melibatkan penduduk di kawasan itu dengan mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan selama tiga hari bermula 10 November lalu.

Saddi yang juga pengerusi Koperasi Pembangunan Desa (KPD) berkata, kewujudan program kemahiran yang berprestasi tinggi itu akan mewujudkan peluang dan kemahiran baharu dalam bidang pekerjaan kepada golongan belia di kawasan itu.

Katanya, peluang itu akan turut menjadi pemangkin kepada DUN Sukau dalam memajukan bidang pembangunan modal insan serta pertumbuhan ekonomi di kawasan itu.

Keupayaan kerajaan mewujudkan lapan Kolej Komuniti berasaskan pelbagai bidang di Sabah setakat ini telah mendorong pewujudan Kolej Komuniti di sini.

“Lebih-lebih lagi, setakat ini belum ada Kolej Komuniti dalam Daerah Kinabatangan dan DUN Sukau yang kawasannya begitu luas. Malah terdapat bidang ekonomi berpaksikan penuaian sarang burung, pelancongan dan perladangan sedang rancak berkembang di kawasan ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Kolej Komuniti Lahad Datu

SADDI menyampaikan sijil kepada salah seorang ketua keluarga yang terlibat dalam program keluarga angkat.

“Saya akan mengemukakan cadangan ini ketika Sidang Pembentangan Bajet Negeri 2018 di Dewan Undangan Negeri pada depan.” minggu DATUK SADDI HAJI ABDUL RAHMAN Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau

Mejar Bersekutu Rozita Mohd Jamil, PPM Sukau Amirudin Mohd Damit dan Ketua Anak Negeri Awang Ahmad.

Menyentuh pengendalian program kemasyarakatan itu, Saddi berkata usaha itu dapat membantu membuka minda masyarakat untuk mengenali bidang kemahiran serta ilmu yang boleh ditawarkan kepada masyarakat.

Selain memberikan galakan kepada para pelajar untuk mengenali dunia luar, beliau berkata ia akan turut menggalakkan minat anak muda untuk menceburi bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan yang diperkenalkan oleh Kolej Komuniti Lahad Datu.

Katanya, bidang pemakanan mampu meningkatkan ekonomi setempat terutama melalui penghasilan produk makanan yang berkualiti dan memberi faedah kepada kesihatan.

“Saya bersetuju dengan syor puan Rozita agar jika ada golongan belia yang berminat menyertai program kemahiran ini pada sesi pengambilan

menyampaikan hamper kepada salah seorang pemenang pertandingan memasak.

tahun 2018 yang bermula Disember depan, saya amat menggalakkannya. Ini bagi membolehkan golongan belia di kawasan ini memiliki kemahiran yang memberikan masa depan kepada mereka,” katanya.

SADDI

SADDI dan Rozita bersama peserta dan ibu bapa yang hadir.

SADDI menerima cenderahati daripada Rozita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.