Perjalanan diteruskan bersama Nissan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KUALA LUMPUR: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah memulakan satu kempen unik sepanjang bulan November, bagi menawarkan pelanggan yang membeli sebuah Nissan peluang untuk memenangi percutian bertemakan Star Wars: The Last Jedi ke Croatia.

Dengan tema ‘Perjalanan Diteruskan Bersama NISSAN, NISSAN merupakan rakan automotif rasmi bersama Disney Malaysia untuk filem globalnya, Star Wars: The Last Jedi. Sempena tayangan pembukaan filem tersebut di Malaysia pada 14 Disember, ETCM akan mengadakan satu kempen promosi menarik yang menampilkan teknologiteknologi Nissan Intelligent Mobility daripada modelmodel terlarisnya.

“Kempen ini menjadi satu platform untuk ETCM dan Nissan untuk memberikan keterujaankepadapeminatStar Wars dan Nissan Intelligent Mobility tempatan. Ia semakin menarik kerana pelanggan berpeluang untuk memenangi percutian bertemakan Star Wars: The Last Jedi yang tidak boleh dibeli dengan wang ke Croatia, Beg Duffle STAR WARS yang eksklusif selain tayangan khas dan pas wayang Star Wars: The Last Jedi, di samping promosi hebat model-model Nissan sepanjang bulan ini.

Star Wars merupakan satusatunya francais filem yang melangkaui tiga generasi pelanggan selama hampir 40 tahun. Perkara yang sama juga boleh dikatakan mengenai Nissan dan Tan Chong di mana kami telah menyediakan penyelesaian mobiliti kepada generasi pelanggan. Kempen ini adalah cara terbaik untuk menyatakan penghargaan kepada pelanggan kerana ia membawa kenangan indah. Dalam kes saya, ayah saya membawa saya untuk menonton Star Wars dengan Datsun dan sekarang, saya membawa anak-anak saya menonton Star Wars: The Last Jedi dengan Nissan! Saya berharap ramai pelanggan dapat menikmati pengalaman yang memuaskan ini,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.

ETCM akan melancarkan kempen ini dengan kenderaan bertemakan Star Wars yang unik pada acara Malaysia Autoshow 2017 anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI) di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang bermula 9 hingga 12 November 2017. Ia turut diikuti oleh satu siri iklan komersial TV dan radio yang menarik, termasuklah program-program digital, siri jelajah dan sesi pandu uji.

Sepanjang tempoh kempen bertemakan Star Wars ini, rebat menarik dan penjimatan sehingga RM6,500 ditawarkan ke atas beberapa model terpilih Nissan. Promosi RM1 juga diteruskan ke atas pakej aksesori premium dan rebat sehingga RM4,500* ada diberikan. Orang ramai dijemput mengunjungi bilik pameran Nissan dan siri jelajah untuk merasai sendiri keterujaan tema Star Wars: The Last Jedi dan tawaran

hebat daripada Nissan.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.

com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan NISSAN ETCM di talian 1800-883838.

* Tertakluk kepada terma dan syarat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.