Pendidikan harus diutamakan

74 kanak-kanak terima sijil tamat prasekolah

Utusan Borneo (Sabah) - - Rencana - Oleh JAINUDIN NASIR

SERAMAI 74 kanak-kanak dari Prasekolah SK Pekan (48) dan SK Pekan Dua (28) menerima sijil tamat prasekolah sempena Majlis Konvokesyen di Dewan Sekolah SK St Benedict, Ranau.

Konvokesyen kali ke-9 peringkat Zon Pekan itu telah dirasmikan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Ranau yang juga Ketua Unit Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah, Muzaini Yukin.

KETIBAAN Muzaini (tengah) disambut mesra oleh Mostazah (kiri) dan Misniah (kanan) bersama kanak-kanak prasekolah.

Majlis dihadiri para guru besar, pengerusi Permuafakatan Ibu Bapa Prasekolah (PIBP), guru prasekolah dan ibu bapa.

Muzaini dalam ucapannya memuji permuafakatan guru-guru kedua-dua prasekolah Zon Pekan kerana berjaya menganjurkan konvokesyen itu dengan jayanya.

“Kejayaan mengelola majlis seperti ini membuktikan ada kerjasama padu bukan sahaja dalam kalangan guru prasekolah sahaja, malah hasil permuafakatan semua guru di Zon Pekan.

“Majlis seperti ini juga mampu memupuk sikap berterima kasih, berbudi bahasa, bersopansantun dan hormatmenghormati selain memberi pengiktirafan atas kejayaan anak-anak menamatkan persekolahan setahun di peringkat prasekolah, sebagai persediaan melangkah ke alam persekolahan sebenar aliran perdana pada 2018,” katanya.

Beliau menyeru para ibu bapa supaya memastikan kelancaran pendidikan anak masing-masing memandangkan mereka adalah satu pelaburan masa depan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

Menurut Muzaini, kanak-kanak amat memerlukan sokongan, pengiktirafan serta pengukuhan kerana zaman kanak-kanak adalah sebahagian kehidupan.

“Justeru, sokongan daripada ibu bapa dan guru merupakan sumber yang sesuai bagi memperkembangkan potensi anak-anak,” katanya. Hadir sama ialah Penyelia Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau Ladius Machi, Guru Besar SK St Benedict Whinnie Awang, Guru Besar SK Pekan Dua Misniah Radin dan Penolong Kanan 1 SK Pekan Ranau Wisnah Awang. Majlis diserikan dengan persembahan tarian oleh kanak-kanak dan tayangan slaid.

“Majlis seperti ini juga mampu memupuk sikap berterima kasih, berbudi bahasa, bersopan-santun dan hormatmenghormati selain memberi pengiktirafan atas kejayaan anak-anak menamatkan persekolahan setahun di peringkat prasekolah, sebagai persediaan melangkah ke alam persekolahan sebenar aliran perdana pada 2018,

MUZAINI menyampaikan sijil tamat prasekolah.

(Gambar atas) PERSEMBAHAN kanak-kanak Prasekolah Zon Pekan Ranau. SEBAHAGIAN kanak-kanak penerima sijil tamat prasekolah bersama guru

ANTARA ibu yang mengiringi anak mereka untuk menerima sijil tamat prasekolah.

(Gambar kiri) mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.