48 ikuti Program SPIE siri ke-7

Utusan Borneo (Sabah) - - Rencana - Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seramai 48 orang peserta terdiri daripada golongan remaja dan kanak-kanak di daerah ini telah mengikuti Program Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional (SPIE) siri ke-7 Sesi 2017 yang diadakan di Surau Nurul Aman Taman Aman Jaya, di sini pada Ahad.

Program tiga hari dua malam itu adalah anjuran Mumtaz E-Training & Consultancy dengan kerjasama Surau Nurul Aman Taman Aman Jaya.

Ia bertujuan melahirkan anak-anak yang cemerlang serta boleh dicontohi oleh insan yang lain, di samping dapat menimbulkan kesedaran dalam diri ibu bapa serta anak-anak tentang kepentingan nilainilai murni yang perlu ada dalam diri setiap peserta.

Ketika merasmikan majlis penutupan, Ketua Daerah Lahad Datu merangkap AJK Umno Bahagian Silam Amat @Abdul Rahman Paduka dalam ucapannya berkata, program seperti itu perlu diteruskan dan diikuti oleh remaja masa kini bagi memantapkan lagi keyakinan dan motivasi dalam diri sebagai persediaan menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.

Katanya, rentetan masalah gejala sosial yang semakin membimbangkan, perlu ada inisiatif dalam membentuk sahsiah anak-anak remaja khususnya di daerah ini pada masa kini.

Beliau turut mengucapkan terimakasihkepadapenyelaras program Mohd Fahnan Abdul Wahab atas penganjuran yang memberangsangkan itu.

“Saya berharap agar program seumpama ini akan terus mendapat sambutan daripada golongan remaja dan kanak-kanak di daerah ini dan dapat diteruskan di masamasa akan datang dalam kita melahirkan generasi pelapis yang celik minda,” katanya.

Terdahulu, Mohd Fahnan

DARI kiri, Mohd Fahnan, Amat dan Ramdin.

yang juga CEO Mumtaz e-Training & Consultancy berkata, antara objektif lain program adalah bagi mewujudkan kelompok masyarakat yang berdaya saing secara positif dan cemerlang dari sudut sahsiah dan akhlak, dan membentuk keperibadian serta akhlak yang tinggi dalam diri yang bukan sekadar mencari kejayaan dunia tetapi juga akhirat.

AMAT merakamkan gambar bersama para peserta dan AJK penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.