CBS-Layangan meriahkan Pesta Tamu Gadang UMSKAL 2017

Utusan Borneo (Sabah) - - Bisnes -

LABUAN: Car Boot Sale (CBS-Layangan) telah diberi peluang untuk mengelola Program Car Boot Sale pada Pesta Tamu Gadang 2017 UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Kali ini, CBS-Layangan mengadakan Car Boot Sale di kawasan tempat letak kereta depan Menara UMSKAL dari Jumaat hingga Ahad, bermula jam 8 pagi sehingga 11 malam.

Pengasas CBS-Layangan Rendy Ricky mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan UMSKAL kerana memberi kepercayaan kepada CBSLayangan untuk sama-sama memeriahkan pesta itu.

Seramai 25 peserta memeriahkan CBS kali ini dan pelbagai jenis barangan dijual oleh para peniaga CBS seperti bundle, makanan dan minuman.

Pihak UMSKAL telah memberi peluang kepada peniaga kecil untuk menambah ekonomi mereka di samping beriadah bersama-sama masyarakat yang memeriahkan pesta itu.

Pelbagai acara telah diadakan sepanjang perkampungan CBS-Layangan di UMSKAL antaranya cabutan pengunjung bertuah dan sesi berkaraoke bersama pengunjung.

SESI kenangan bersama para peniaga CBS-Layangan sempena Pesta Tamu Gadang UMSKAL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.