50 sertai Kursus Tahsin Solat dan Wuduk

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

KOTA KINABALU: Seramai 50 orang peserta menyertai Kursus Tahsin Solat dan Wuduk anjuran Jawatankuasa Surau Al-Mukminin Pangsa Puri Tg. Aru di surau itu,di sini pada Ahad.

Kursus sehari itu bertujuan untuk memperbaiki sedikit sebanyak solat yang pernah dipelajari di samping sebagai petunjuk cara sebenar tertib solat dan mengambil wuduk untuk lelaki dan perempuan.

Pengerusi Surau AlMukminin Latif Uji berkata, melalui penyertaan kursus ini para peserta akan dapat memperbetulkan cara tertib mengambil wuduk dan mendirikan solat dengan betul dan memperbetulkan bacaanbacaan di dalam solat.

“Jadi inilah tujuan kursus ini iaitu untuk mengemaskinikan solat kita yang kita amalkan sepanjang hidup kita selama ini,” katanya.

Kursus Tahsin Solat dan Wuduk itu telah dibimbing oleh Ketua Bilal Masjid Negeri Sabah Ahmad Zin Abdul Lamit.

PRAKTIKAL tertib cara solat yang betul ditunjukkan sebagai pengetahuan peserta.

AHMAD Zin ketika memberikan tunjuk ajar kepada peserta sempena kursus itu.

PARA peserta Kursus Tahsin Solat dan Wuduk merakamkan kenangan bersama Ahmad Zin dan Latif Uji (duduk empat kiri).

LATIF menyampaikan penghargaan kepada Ahmad Zin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.