Menang artis & lagu terbaik di Anugerah Muzik Eropah MTV

Utusan Borneo (Sabah) - - Hiburan -

PENYANYI remaja Kanada Shawn Mendes pada Ahad lepas menang artis terbaik dan lagu terbaik Anugerah Muzik Eropah (EMA) MTV yang diadakan di London, mengetepikan nama-nama besar seperti Taylor Swift, Miley Cyrus dan Ed Sheeran.

Acara anugerah yang berlangsung di Wembley Arena, yang pertama diadakan di ibu negara British itu selepas 20 tahun, dihoskan oleh Rita Ora dan menampilkan persembahanpersembahan oleh U2 dan David Guetta.

Buat pertama kali dalam sejarah EMA, yang dicipta pada tahun 1994, MTV mengumumkan kategorikategori yang tidak memandang jantina dalam usaha untuk “memecahkan penghadang”.

Mendes, 19, yang melancarkan kerjayanya dengan memuat naik lagulagu yang dinyanyikan semula ke internet sebelum menandatangani perjanjian dengan label rakaman, turut memenangi anugerah ‘peminat terbesar’.

Di acara itu, dia menyanyikan lagu yang memberikan kemenangan lagu terbaik kepadanya, ‘There’s Nothing Holding Me Back’, di hadapan para penonton yang begitu teruja di London.

Eminem, yang membuka pertunjukkan dengan menyanyikan single baharunya, ‘Walk on Water’ sebelum pelancaran album terkininya ‘Revival’ pada Jumaat, menang artis hip hop terbaik.

Penyanyi Amerika-Cuba, Camila Cabello dinobatkan sebagai artis pop terbaik manakala Coldplay menang anugerah artis rock terbaik.

DJ Perancis David Guetta, yang turut membuat persembahan di hadapan penonton yang kebanyakannya adalah budak-budak remaja, menang artis elektronik terbaik.

Taylor Swift, yang diramalkan sebagai pemenang terbesar pada malam itu dengan enam pencalonan, gagal menang mana-mana anugerah.

Kebanyakan para pemenang diundi oleh peminat secara atas talian, daripada 12 kategori yang disenaraikan serta 32 lagi anugerah terpisah dari negara-negara dan rantau yang berbeza.

Louis Tomlinson, salah seorang ahli kumpulan ‘boy band’ One Direction, dinobatkan sebagai artis terbaik dari UK dan Ireland.

Video terbaik, yang dimenangi oleh penyanyi rap AS Kendrick Lamar, adalah salah satu daripada beberapa anugerah yang dipilih oleh pasukan MTV sendiri.

Pemenang nama besar lain pada malam itu adalah Ed Sheeran, untuk artis ‘live’ terbaik dan Dua Lipa, untuk penghibur baharu terbaik manakal Thirty Seconds to Mars dinamakan sebagai artis alternatih terbaik.

Sementara itu, band Irish U2 merangkul anugerah Ikon Global MTV yang sebelum ini pernah dimenangi oleh Queen, Whitney Houston dan Eminem. — AFP

DAVID GUETTA

SHAWN MENDES CAMILA CABELLO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.