Pementasan teater muzikal Pendeta Zaba di Seremban 2-4 Dis ini

Utusan Borneo (Sabah) - - Hiburan -

KERAJAAN Negeri Sembilan dan Majlis Kebudayaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS) akan menganjurkan pementasan teater muzikal Pendeta Zaba di Auditorium D’Sury, Kompleks JKKNNS, Seremban selama tiga hari mulai 2 Disember depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mat Ali Hassan berkata pementasan teater muzikal arahan Lokman Ghani dan Zakaria Ariffin sebagai penulis skrip yang julung kali diadakan itu membariskan dua pelakon terkenal tanah air iaitu Datuk Ahmad Tamimi Siregar yang membawa watak Pendeta Zaba semasa dewasa dan Datuk Jalaluddin Hassan yang membawa watak Datuk Onn Ja’afar.

“Nama besar Pendeta Zaba atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad yang lahir pada 16 Sept 1895, tidak dinafikan lagi dalam sejarah tanah air sebagai seorang tokoh yang banyak berjasa kepada negara. Beliau merupakan seorang sasterawan dan cendekiawan Melayu yang dihormati dan aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan.

“Malah, beliau juga salah seorang pejuang dalam memerdekakan tanah air melalui mata penanya. Pementasan teater muzikal Pendeta Zaba ini sebagai mengenang jasa dan sumbangan bakti beliau kepada negara ini,” kata Mat Ali pada sidang media di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.