DUN tidak lulus usul tergempar 75 guru interim diberhentikan

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

KUCHING: Hasrat Wong King Wei (DAP-Padungan) untuk mengemukakan usul tergempar berhubung 75 guru interim anak jati Sarawak sesi ambilan 2016 yang telah diberhentikan perkhidmatan 31 Oktober lalu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin tidak diluluskan.

Usul mengenai perkara itu telah diserahkan kepada Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar pagi Isnin sebelum dimaklumkan bahawa ia tidak lulus pada sebelah petangnya untuk dibentangkan pada Persidangan DUN pada Selasa.

“Saya dimaklumkan usul tergempar mengenai 75 guru interim ini tidak diluluskan untuk dibentangkan esok hari,” katanya pada sidang media di bilik media di Kompleks DUN di sini, Isnin.

Wong memberitahu, usul itu dikemukakan di bawah Usul Tergempar DUN untuk mendapat keputusan segera daripada kerajaan negeri mengenai masalah 75 guru interim tersebut.

“Saya mengemukakan usul ini kerana kita sudah mempunyai kementerian pendidikan di peringkat negeri dan sesuatu tindakan perlu diambil bagi isu ini memandangkan ia adalah keperluan segera yang diperlukan kesemua 75 guru interim ini.

“Kesemuamerekainiadalah anak Sarawak yang mana 65 daripada mereka adalah bangsa Dayak. Jika mereka ini tidak diserap bagaimana kita mahu mencapai nisbah 90:10 pada tahun depan,” tegas Wong.

Mengulas lanjut tentang kandungan usul tergempar itu beliau menjelaskan pada 12 November lalu, akhbar tempatan memaparkan berita tentang nasib 75 guru interim ambilan 2016 yang telah ditamatkan perkhidmatan 31 Oktober lalu.

“Pada Mei lalu Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi secaraterbukaberjanjibahawa guru interim yang terlibat akan ditemu duga semula dari Ogos 2017 dan perkhidmatan mereka dilanjutkan hingga Disember 2017.

“Dengan surat bertarikh 21 Julai 2017 daripada Jabatan Pendidikan Negeri, guru interim yang terjejas dimaklumkan lanjutan perkhidmatan mereka hanya sehingga 31 Oktober dan mereka juga perlu menduduki ujian dan akan dipanggil untuk temu duga semula sebelum tarikh tamat perkhidmatan.

“Bagaimanapun sehingga 12 November 2017, mereka tidak menerima apa-apa perkhabaran tentang perkara tersebut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.