Eyeliah Rubidi lakar nama di Papar

400 atlet sertai Larian Amal SJKC Cheng Hwa 2017

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

PAPAR: Bekas pelari Sukma 2016 Eyeliah Rubidi, dari Kota Marudu yang juga pelajar SMK Lohan Ranau melakar nama apabila dinobatkan juara Larian Amal Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheng Hwa, Papar 2017 pada Ahad.

Manakala tempat kedua dimenangi oleh Marlin Hing William dari Pitas dan tempat ketiga Medelin dari Keningau.

Sementara bagi kategori Lelaki Terbuka 8 kilometer menyaksikan Gwanis Salagan dari Kiulu terpaksa hanya berpuas hati di tempat kedua apabila diatasi oleh Yusop Tungkob dari Tenom selaku juara dan Mohd Zulkar- nain dari Pitas di tempat ketiga.

Kejohanan dengan kerjasama

Persatu an Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Manis Datuk Seri Panglima Hj. Abdul Rahim Ismail.

Larian terbahagi kepada kategori Lelaki, Wanita dan Kanak-kanak sejauh 8 dan 3 kilometer berkenaan disertai kira-kira 400 orang peserta.

Rahim dalam ucapan perasmiannya berkata, program seumpama itu dapat mengisi masa lapang anak-anak muda dengan aktiviti berfaedah, sekaligus menjadikan warga belia sentiasa sihat dan ceria.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) memuji inisiatif pihak penganjur yang sentiasa aktif menjalankan aktiviti dalam mendekatkan akar umbi bersama pemimpin.

Beliau berharap program pembangunan insan ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa demi merealisasikan hasrat kerajaan yang mahu melihat belia dan masyarakat sentiasa sihat sepanjang masa.

Rahim yang juga Ketua Bahagian Umno Papar berkata, slogan ‘Permuafakatan Asas Kecemerlangan’ amat bertepatan dalam program ini yang secara tidak lang- sung mampu menyatupadukan peserta.

Hadir sama di majlis ini ialah wakil Timbalan Menteri Kerjaraya Malaysia Hadi A. Kasim, Guru Besar SJKC Ceng Hwa Wong Che Fatt, Pengerusi PIBG SJKC Ceng Hwa Dr Rovina C. Ginibun, Pengerusi Penganjur ASP Fauzi Saat, PPM Pantai Manis Hj.Ag. Arshad Hj.Ag.Kahar, Ketua Pergerakan Puteri Umno Papar Fahzean Hj.Mohiddin, warga pendidik dan para peserta.

JUARA kategori Lelaki Yusof Tungkob dari Pitas sedang menerima hadiah dari Hadi.

RAHIM merakamkan gambar bersama salah seorang peserta bersama seorang kanak-kanak. (gambar kiri) DR. ROVINA menyampaikan cenderahati kepada Rahim sambil diperhatikan oleh Wong.

RAHIM, Hadi, Fauzi, Wong, Rovina , Fahzean dan tetamu yang hadir merakamkan gambar bersama pemenang kategori Lelaki Terbuka.

RAHIM menyampaikan hadiah kepada juara kategori Wanita Eyeliah Rubidi dari Kota Marudu.

RAHIM membunyikan siren untuk melepaskan para peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.