Bola Sepak Veteran LPS 2018 buka penyertaan

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan - Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pasukan-pasukan di negeri inidanWilayahPersekutuan Labuan dipelawa menyertai edisi ketujuh Kejohanan Bola Sepak Veteran Liga Perpaduan Sabah 2018.

Kejohanan menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM50,000 yang dijadualkan bermula pada awal Januari itu dibahagikan kepada kategori Veteran Campuran dan Super Veteran.

Veteran Campuran terbuka kepada pemain berusia 40 tahun ke atas manakala Super Veteran untuk pemain berusia 50 tahun ke atas.

Kejohanan tahunan yang diperkenalkan sejak tahun 2010 itu adalah anjuran Kelab Bola Sepak Perpaduan Penampang (PUFC).

“Kejayaan penganjuran kejohanan ini setiap tahun adalah disebabkan sambutan dan kerjasama semua yang terlibat. Saya percaya ia akan menjadi satu lagi kejohanan yang berjaya tahun depan.

“Untuk musim 2018, penganjur telah memutuskan untuk menghadkan penyertaan Veteran Campuran kepada 32 pasukan dan 20 pasukan bagi kategoriSuperVeteran,”kata pengerusi penganjur, Edwin Jomiji dalam kenyataan akhbarnya pada Selasa.

Katanya, pertandingan akan menggunakan format Piala Dunia tetapi jika ada perubahan ia akan dimuktamadkan semasa mesyuarat pengurus pasukan yang akan diadakan dalam tempoh seminggu selepas penyertaan ditutup pada 30 November.

Borang dan keterangan lanjut kejohanan itu boleh diperolehi dengan menghubungi Edwin (010-8702988), Carfester Mokujin (016-8049030) atau Benjamin (017-8896075).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.