Galak anak-anak terlibat kegiatan kokurikulum

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

BEAUFORT: Ibu-bapa perlu memainkan peranan dalam memberi sokongan dan galakan kepada anakanak menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah kerana dapat membentuk sahsiah diri serta mewujudkan jati diri dalam diri mereka.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Omar Shahron Haji Osin berkata, kejayaan akademik tidak lengkap jika para pelajar gagal menyerlah dalam aktiviti tersebut sama ada pasukan beruniform atau aktiviti sukan.

Tambahnya, peranan ibu-bapa penting untuk memastikan anak-anak mereka aktif menganggotai pasukan beruniform dan aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

“Pembabitan dalam kokurikulm akan menjadikan mereka lebih cergas berfikir, berdisiplin dan sihat seterusnya membantu dalam mencapai kejayaan akademik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sukan tahunan SK St. Paul kali ke 40 di Kompleks Sukan Beaufort, di sini pada Sabtu.

Omar yang juga Ahli Lembaga Pengarah KPD berkata, terdapat segelintir ibu-bapa yang melarang anak menyertai aktiviti tertentu di sekolah kerana bimbang akan menjejaskan pelajaran anak-anak mereka.

Tambahnya, tanggapan sedemikian perlu dikikis memandangkan salah satu syarat untuk ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) memerlukan pelajar menyertai aktiviti kokurikulum di sekolahnya.

“Pelajar yang gagal menyertai aktiviti tersebut akan menyebabkan peluang melanjutkan pelajar ke universiti sukar kerana tidak terlibat dalam kokurikulum walaupun cemerlang dalam pelajaran,” ujarnya.

ANTARA kontinjen yang mengambil bahagian dalam acara perbarisan.

BERSAMA jemputan lain menyaksikan acara perbarisan sempana majlis itu.

OMAR ketika berucap merasmikan majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.