Apokalips, tragedi buat The Azzurri

Buffon sahkan persaraan, Sweden ketepi Itali untuk mara ke Piala Dunia 2018 di Rusia dengan aggreget 0-1

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

MILAN: Gianluigi Buffon menangis ketika dia mengesahkan persaraannya dari bola sepak antarabangsa selepas juara empat kali Itali mencetuskan sensasi apabila mereka gagal buat pertama kalinya dalam tempoh 60 tahun untuk layak ke kejohanan akhir Piala Dunia ekoran kekalahan playoff kepada Sweden kelmarin.

Jurulatih Gian Piero Ventura turut menyatakan dia akan menimbang masa depannya selepas pasukan The Azzurri seri 0-0 pada pusingan kedua perlawanan mereka menentang Sweden, yang layak dengan agregat 1-0.

Media Itali memanggilnya

‘apokalips’ (hari kiamat) bagi pasukan mereka, yang kali terakhir gagal untuk layak ke Piala

Dunia

1958 dan sudah bermain dalam setiap edisi lain selain kejohanan pertama pada 1930.

“Saya tidak kesian dengan diri sendiri tepi seluruh bola sepak Itali, kerana kami gagal dalam sesuatu yang turut bermakna pada tahap sosial,” kata Buffon dengan emosional ketika dia mengesahkan persaraannya.

Penjaga gol berusia 39 tahun itu, yang menjulang Piala Dunia 2006 di Jerman, telah menaruh harapan untuk bertanding dalam Piala Dunia keenam.

Buffon, yang bermain mewakili negara pada peringkat antarabangsa sebanyak 175 kali, sebelum ini pernah mengumumkan bahawa kejohanan

akhir Piala Dunia di Rusia adalah yang terakhir bagi dirinya.

Namun Ventura tidak membuat sebarang pengumuman mengenai kedudukannya walaupun gagal untuk membimbing juara 1934, 1938, 1982 dan 2006 itu ke Piala Dunia mereka yang ke-19. Bekas jurulatih Torino itu berkata dia akan bercakap terlebih dahulu dengan presiden persekutuan Itali sebelum dia membuat keputusan mengenai masa depannya. “Meletak jawatan? Saya tidak tahu. Saya perlu menilai begitu banyak perkara. Saya belum lagi bercakap dengan presiden,” kata Ventura. “Ia tidak bergantung kepada saya, saya bukan dalam keadaan minda untuk menghadapi soalan ini.”

“Ia adalah satu keputusan yang sangat berat untuk dipikul, kerana saya amat yakin sekali bahawa kami mempunyai keinginan yang sangat kuat ini untuk mengatasi halangan ini.”

Perlawanan di stadium San Miro, Milan, menyaksikan peralihan generasi bagi Itali, selepas Buffon dan dua veteran lain dari 2016, Andrea Barzagli dan Daniele De Rossi, berundur dari pasukan kebangsaan, manakala Giorgio Chiellini turut menggantung jersi Azzurri.

“Era empat atau lima veteran sudah berakhir, manakala era pemain muda yang kelaparan dan baharu muncul bermula, dan begitulah seharusnya,” kata Ventura, yang mengambil alih daripada jurulatih Chelsea Antonio Conte pada 2016 dengan kontrak sehingga Jun 2020.

Itali mendominasi bola tetapi menghadapi kesukaran untuk mencipta peluang jelas yang mencukupi, manakala Sweden mengesahkan penampilan pertama sejak 2006 di kejohanan akhir hasil jaringan Jakob Johansson pada pusingan pertama di Stockholm.

Ventura telah membuat perubahan daripada kekalahan pada Jumaat lepas dengan memberi penampilan sulung kepada pemain kelahiran Brazil, Jorginho, bersama Itali manakala Alessandro Florenzi dan Manolo Gabbiadini turut memulakan perlawanan, tetapi pemain sayap cemerlang Napoli, Lorenzo Insigne, sekali lagi memanaskan bangku pemain simpanan.

Apabila masa semakin suntuk, De Rossi disuruh oleh Ventura untuk memanaskan badan tetapi De Rossi sebaliknya menunjuk kepada Insigne.

“Saya hanya menyatakan kami semakin sampai ke penghujung dan mesti menang, jadi suruh penyerang memanaskan badan,” kata De Rossi. “Saya menunjuk kepada Insigne juga. Saya hanya fikir mungkin ia lebih bagus jika Insigne sebaliknya dimasukkan.”

Buffon malah naik untuk dua tendangan sudut dalam percaturan terdesak terakhir tetapi Itali ternyata gagal mencapai matlamat, yang membawa kepada tajuk berita buruk dalam media Itali.

“Itali, ini adalah apokalips,” sebut satu tajuk berita dalam laman sesawang akhbar sukan harian Gazzetta dello Sport.

“Peluang yang disia-siakan, sedikit nasib buruk tetapi gol sifar dalam masa 180 minit menentang pasukan Sweden, siapakah yang akan pergi ke Rusia,” ulas Gazzetta.

Corriere dello Sport berkata ia pasti perit bagi negara itu untuk disisihkan apabila Piala Dunia bermula di Rusia pada Jun nanti.

“Ia adalah keaiban bola sepak yang tidak terhingga, kesan kotor yang tidak dapat dipadam,” kata akhbar itu.

“Ia sudah berakhir. Apokalips, tragedi, malapetaka.” — AFP

“Saya tidak kesian dengan diri sendiri tepi seluruh bola sepak Itali, kerana kami gagal dalam sesuatu yang turut bermakna pada ” tahap sosial. Gianluigi Buffon Kapten Itali

— Gambar Reuters

REAKSI Buffon selepas tamat perlawanan di Stadium San Siro, Milan Isnin lepas.

— Gambar Reuters

PARA pemain Sweden meraikan kejayaan mereka sebaik wisel penamat dibunyikan pada perlawanan di Stadium San Siro, Milan Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.