Rela banyak berbakti kepada rakyat

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

TUARAN:Sejakditubuhkan 45tahunlalu,anggotaJabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) telah banyak berjasa dan berbakti kepada rakyat, terutamanya ketika berlaku bencana alam.

Sumbanganitumenjadikan anggota Rela kini lebih dipandang tinggi bukan sahaja oleh masyarakat, malah pemimpin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor berkata, tugas anggota Rela kini semakin mencabar dan kerajaan amat menghargainya dengan memberi bantuan setiap tahun, termasuklah peruntukan sebanyak RM250 juta dalam Bajet 2018.

“Ini menunjukkan kerajaan melihat Rela sebagai salah satu jabatan yang mempunyai anggota yang paling ramai di seluruh negara yang boleh membantu kerajaan dalam pelbagai situasi terutama kecemasan dan bencana alam,” katanya.

Beliau yang juga Adun Sulaman ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus Asas Rela Siri 12/2017 di Pusat Latihan Rela Negeri Sabah di Kg Gayang, di sini pada Selasa.

Seramai 182 anggota Rela menyertai kursus itu yang terdiri 135 relawan dan 52 relawati.

Dalam pada itu, Pengarah Rela Sabah Timbalan Pesuruhjaya Rela Mohamad Pauzi Jhumat berkata seramai 50 anggota Rela di setiap daerah dilatih secukupnya untuk persediaan membantu operasi pemantauan pasukan keselamatan di 10 daerah Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“Kita akan berada di kawasan yang ada komuniti... Esscom di depan, jadi kita yang ada di kawasan komuniti.

“Pada masa ini, seramai 292,000 anggota Rela berdaftar di Sabah,” katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik Abdul Kassim Hj Razali.

PAUZI (kanan) menerima cek bernilai RM8,300 daripada Hajiji untuk disalurkan kepada misi bantuan banjir Rela di Kedah dan Pulau Pinang. Amaun itu merupakan sumbangan oleh ahli bersekutu Rela Sabah yang diketuai oleh Lt Kol Dato’ Wong CF (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.