Pematuhan cukai secara sukarela

Pendidikan cukai mampu tingkat tahap kefahaman masyarakat

Utusan Borneo (Sabah) - - Citra - Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Pendidikan cukai diyakini mampu meningkatkan tahap kefahaman masyarakat dan seterusnya meningkatkan kadar pematuhan cukai secara sukarela.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Dato Sri Sabin Samitah berkata, kemuncaknya berupaya membudayakan kesedaran bahawa melapor dan membayar cukai merupakan tanggungjawab selaku warganegara demi kemajuan serta kemakmuran negara.

“Justeru, seminar ini merupakan landasan terbaik bagi mendapatkan maklumat terkini daripada LHDNM berkaitan isu-isu percukaian secara jelas dan tepat,” katanya dalam ucapan perasmian Seminar Percukaian Kebangsaan LHDNM di sebuah hotel di sini pada Selasa.

Teks ucapan beliau telah disampaikan oleh Pengarah LHDNM Cawangan Keningau Mohd Shariz Ramli.

Sabin berkata, kehadiran 149 peserta termasuk para pegawai LHDNM dari seluruh negeri di seminar itu membuktikan sokongan penuh terhadap usaha program pendidikan percukaian lembaga ini.

Katanya, pada tahun ini, sebanyak 24 lokasi telah dipilih untuk penganjuran seminar itu di seluruh negara bermula dengan seminar pertama di Kuala Lumpur pada 2 November dan akan berakhir pada 16 November di Shah Alam, Kuching Sarawak dan Labuan.

Menurut beliau, maklum balas positif yang telah diterima berhubung penganjuran seminar itu memberi satu mesej jelas bahawa masyarakat hari ini sentiasa mengikut rapat dan peka terhadap perubahan yang berlaku dalam sistem percukaian negara.

“Ini sekaligus membawa kepada keperluan untuk mendapatkan penjelasan atau

“Justeru, seminar ini merupakan landasan terbaik bagi mendapatkan maklumat terkini daripada LHDNM berkaitan isu-isu percukaian ” secara jelas dan tepat. DATO SRI SABIN SAMITAH Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

MOHD Shahriz (tiga kanan) bersama egawai kanan LHDNM pada majlis perasmian.

maklumat lebih lanjut, tepat dan jelas tentang perubahan itu.

“LHDNM turut mengucapkan terima kasih kepada badan-badan profesional, firma cukai serta orang perseorangan sebagai pengamal percukaian yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyumbang cadangan PraBajet 2018 kepada pihak Kementerian Kewangan bagi memastikan kelestarian serta kemampanan ekonomi negara terus kekal baik dan berdaya kukuh,” katanya.

Katanyapadaseminaritu,dua topik utama akan dibentangkan iaitu 2018 Budget Proposals oleh Norhaslinda Bukhari dan Tax Compliance: The Way Forward oleh Ellyana Mohd Zaid.

Sabin berkata, kedua-dua penceramah itu merupakan pegawai kanan LHDNM yang memiliki kepakaran dan pengalaman dalam bidang pengurusan, pentadbiran percukaian serta terlibat dengan Jawatankuasa Kerja Penggubalan Rang UndangUndang Kewangan untuk Bajet 2018.

Beliau yakin mereka mampu memberi penerangan yang jelas dan tepat atas sebarang isu atau kemusykilan yang dihadapi.

“Dalam topik pertama, para peserta akan berkongsi secara terperinci tentang isu-isu percukaian yang telah disentuh atau dibangkitkan dalam Bajet 2018, pindaan dalam peruntukan akta-akta yang ditadbir oleh LHDNM.

“Perkongsian kandungan Bajet 2018 berkaitan percukaian melibatkan 14 pindaan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967; Empat pindaan di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976; satu pindaan di bawah Akta Cukai Perniagaan Labuan 1990; dan 13 pindaan di bawah Akta Setem 1949 di samping pindaan lain di bawah KaedahKaedah Cukai Pendapatan dan Pengecualian Cukai Pendapatan,” katanya.

Manakala, dalam pembentangan topik Tax Compliance: The Way Forward, penceramah akan berkongsi berkenaan mekanisme pematuhan daripada penghantaran borang sehingga aktiviti pemungutan melalui proses undangundang di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Topik itu merupakan sentuhan pertama dan penerangan awal akan keprihatinan LHDNM kepada pembayar cukai bagi dikenakan penalti 100 peratus yang akan dilaksanakan pada 2018 dan kesannya kepada pembayar cukai sekiranya mereka tidak patuh serta ingkar.

Justeru, Sabin mengharapkan topik itu diberi tumpuan sepenuhnya dalam melengkapkan pengetahuan serta pemahaman pembayar cukai, pengamal percukaian dan peserta agar lebih memahami skop pematuhan cukai serta tindakan yang boleh dikenakan berdasarkan undang-undang percukaian.

Beliau memberitahu LHDNM adalah sebuah agensi penting kerajaan dengan fungsi serta peranannya sebagai pemungut cukai langsung, yang merupakan penyumbang utama kepada sumber pendapatan negara.

“Cukailangsungyangdikutip bersama-sama hasil kerajaan yang lain akan digunakan untuk perkara berkaitan pembangunan berdasarkan kepada kepelbagaian program dan agenda transformasi negara yang telah dirancang, dan pada akhirnya dinikmati oleh semua lapisan masyarakat secara komprehensif dan menyeluruh.

“Saya menyeru agar kita bersama-sama membantu LHDNM mendorong masyarakat mendukung sistem percukaian negara dengan meningkatkan tahap pematuhan cukai demi kelangsungan negara di masa hadapan,” katanya.

Katanya, di pihak LHDNM akan melakukan segala perkara yang termampu dalam memastikan sistem pentadbiran serta pengurusan percukaian negara sentiasa diuruskan dengan lebih cekap, efisien dan berintegriti berdasarkan ruang lingkup akta-akta yang ditadbir oleh LHDNM dan undang-undang lain yang berkaitan.

SEBAHAGIAN peserta seminar itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.