Graduasi wujudkan persaingan positif

40 murid Tahun 6 SK Bukit Quoin diraikan dalam majlis graduasi

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

MAJLIS Graduasi Tahun Enam merupakan antara strategi berkesan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang berjaya menamatkan persekolahan di peringkat sekolah rendah.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Quoin Tawau Sapili Nurusid berkata majlis seumpama itu bukan sahaja dapat mewujudkan persaingan positif dalam kalangan murid Tahun Enam, malah dapat memenuhi sebahagian daripada ‘Enam

Aspirasi Murid’ dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025.

“Graduasi ini juga adalah simbolik bahawa murid telah menamatkan pendidikan di sekolah rendah,” katanya ketika berucap pada Majlis Graduasi Tahun Enam 2017 di SK Bukit Quoin.

Sementara itu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Maria Minik Edward berkata murid-murid yang diraikan itu telah memenuhi syarat yang ditetapkan pihak sekolah, antaranya lulus dalam peperiksaan percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan tidak memiliki rekod kesalahan disiplin.

“Majlis seumpama ini dapat menggalakkan penglibatan ibu bapa, guru, masyarakat dan pemimpin setempat untuk membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar dan sekolah,” katanya.

Seramai 40 murid diraikan di dewan mini sekolah berkenaan dan dihadiri hampir 60 guru serta ibu bapa.

Pencapaian murid dalam Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) turut diberi anugerah dan pengiktirafan dalam majlis bersejarah yang julung kali diadakan itu.

Pada majlis itu, Ahmad Amirul Rizwan Mohamad dan Nur Diyana Azzyyati Yusuf masing-masing dianugerahkan sebagai murid terbaik lelaki dan perempuan yang disampaikan Sapili Nurusid.

“Majlis seumpama ini dapat menggalakkan penglibatan ibu bapa, guru, masyarakat dan pemimpin setempat untuk membantu meningkatkan

” kecemerlangan pelajar dan sekolah.

MARIA MINIK EDWARD

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

NURDIYANAmenerimaanugerahmuridterbaikperempuan disampaikan Sapili.

MURID Tahun 6 yang menerima sijil tamat sekolah rendah bersama Sapili Nurusid (berdiri, tengah) dan semua guru SK Bukit Quoin.

SAPILI menyampaikan anugerah murid terbaik lelaki kepada Ahmad Amirul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.