Reunion bekas pelajar Sanzac penuh nostalgia

Utusan Borneo (Sabah) - - Rencana -

PERTEMUAN semula selepas terpisah sekian lama, mungkin sudah lama diharapkan oleh mantan pelajar SMK Sanzac, sebuah sekolah menengah terkenal terletak di Sembulan Kota Kinabalu.

Kegembiraan jelas terbayang pada wajah masing-masing ketika mereka bertemu dan dipertemukan dalam Majlis Reunion Ex Sanzac yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negeri pada Sabtu.

Kira-kira 70 orang hadir dalam majlis itu. Mereka sempat menghimbau kenangan silam, menyanyi menghiburkan hati, merakamkan gambar bersama rakan dan sahabat lama, berswafoto malah ada pula yang beruntung kerana memenangi cabutan tiket bertuah.

Pengerusi Penyelaras program, Noor Salleh Haji Tamanong berkata antara tujuan program itu ialah menyatukan semua pelajar Ex-Sanzac dari generasi tahun 1971 hingga 2016.

Jumlah bekas pelajar Sanzac sudah ribuan. Usaha untuk menghimpunkan mereka adalah satu cabaran tersendiri bagi jawatankuasa penganjur program.

“Majlis ini juga bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan perpaduan antara Ex-Pelajar Sanzac,” kata Noor Salleh dalam ucapannya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengetua Cemerlang SMK Sanzac, Puan Dr Shirley Tay, Yang Di Pertua PIBG SMK Sanzac, Haji Janis Abdullah dan Dr Hajah Ananglangka Mad Kassim, bekas guru SMK Sanzac yang pernah tokoh guru 2017 dan tokoh Maal Hijrah. Turut hadir Penolong Kanan 1, Hajah Noraini Abdullah dan Penolong Kanan HEM, Awang Daramat Haji Ag Matiassin.

Datuk Samsu Baharun Abdul Rahman yang juga bekas pelajar Sanzac 19741975 turut hadir dalam majlis itu. Bagaimanapun, Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Hamzah Sundang, salah seorang bekas pelajar tidak dapat menghadirkan diri pada saat akhir. Sebenarnya ramai lagi pelajar SMK Sanzac yang berhalangan tetapi tetap memberi sokongan untuk program itu.

Antara alumni SMK Sanzac ialah Puan Rosnani, mantan Pengurus Besar LPPB Sabah,Pengarah DBP Sabah, Hajah Asmiah Haji Ajamain, Pengurus Wilayah Pos Malaysia Sabah, Haji Sairin Ibrahim, Konsultan Kejuruteraan Alamsekitar, Haji Sinoh Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Haiwan Sabah, Harun Abas, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian Sabah, Kee Zulkifli Kee Harith, Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raimi Unggi, ADUN Sugut, Datuk James Ratib, Timbalan Pengurus Ko Nelayan, Yusof Ag Besar, Bekas Pengurus Besar Koperasi Sawit Kinabalu Sabah Berhad, Noor Salleh Tamanong, Haji Zohari Mahur, Ahli perniagaan dan usahawa berjaya.

Noor Salleh berkata, majlis reunion itu juga bagi menjana idea baru untuk membantu meningkatkan kegemilangan sekolah dalam pelbagai aspek.

“Kita mahu menjadikan reunion sebagai wadah untuk berkongsi, bertukar-tukar pandangan dan pengalaman untuk merancang aktiviti yang memberi manfaat bersama,” katanya dalam ucapan ringkas dalam majlis itu.

Majlis itu pernah diadakan sebelum ini dan mendapat sambutan menggalakkan.

Pengetua Cemerlang, Dr Shirley Yap memuji usaha yang diadakan oleh mantan pelajar Sanzac dan pihaknya sedia bekerjasama dengan persatuan untuk meningkatkan prestasi pelajar dan sekolah.

Dalam ucapannya, beliau juga memberitahu perkembangan dan beberapa prestasi yang dicapai oleh pihak sekolah dan berharap bekas pelajar SMK Sanzac sedia membantu demi kecemerlangan dan kegemilangan pelajar di sekolah itu..

Jawatankuasa Penganjur dipengerusikan Noor Salleh Haji Tamanong manakala timbalannya Haji Md Yussof Mattaim. Setiausaha, Puan Lilah Haji Awang , Bendahari Hajah Naimah Haji Din manakala Setiausaha Penyelarasnya ialah Puan Nur Aliyah Nuryda Lalimos. Ahli Jawatankuasanya terdiri daripada Puan Justina V Kilos, Mohd Rosle Mohd Yunos,Naimah Palasin,Norliza Datuk Haji Din, Hajah Dayang MasTeoh,Rosilawati Puniran, Hanifah Hamzah, Rusdi Alibasa dan Hasnan Haji A.Ghani. Inilah barisan Jawatankuasa penganjur yang berusaha untuk menjayakan majlis reunion itu.

MAJALAH Sekolah Sanzac terbitan tahun 1975 diserahkan kepada Dr Shirley Yap untuk dokumentasi.

PELAJAR SMK Sanzac 1978-1982 bergambar bersama pengetua.

DR Shirley Yap memotong kek sempena majlis reunion itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.