Utusan Borneo (Sabah)

Kuasa ekonomi dunia

Malaysia mampu muncul dalam kelompok 20 negara kuasa ekonomi dunia menjelang 2050.

-

KUCHING: Malaysia diyakini mampu muncul dalam kelompok 20 negara kuasa ekonomi dunia menjelang 2050.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan itu berdasarka­n kepada prestasi kukuh ekonomi negara, selain disokong pelbagai inisiatif pembanguna­n yang diperkenal­kan kerajaan termasuk Dasar Digital Malaysia (MDP).

"MDP adalah suatu kerangka rumusan yang menjadi asas utama pembanguna­n ekonomi digital negara dalam merealisas­ikan hasrat kita untuk muncul antara 20 negara kuasa ekonomi dunia menjelang 2050,” katanya.

Beliau menambah, dasar itu mampu menyumbang kepada peningkata­n sekurang kurangnya 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020," katanya.

“MDP adalah suatu kerangka rumusan yang menjadi asas utama pembanguna­n ekonomi digital negara dalam merealisas­ikan hasrat kita untuk muncul antara 20 negara kuasa ekonomi dunia menjelang 2050.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

Najib berkata demikian ketika menyampaik­an ucaptama pada Majlis Perasmian Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIFE) Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, pada Selasa.

Bertemakan 'Perubahan Gangguan: Kesan dan Cabaran', forum berkenaan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan Pengerusi Yayasan WIEF Tun Musa Hitam.

Sementara itu, Najib berkata Malaysia mendapat tempat pertama dalam Petunjuk Ekonomi Global Islam daripada 73 negara Islam seluruh dunia selain mengatasi Emiriyah Arab Bersatu di tempat kedua dengan mendapat markah 50 peratus lebih tinggi.

Petunjuk itu adalah sebahagian daripada laporan Keadaan Ekonomi Islamik Global 2016/2017 yang dikeluarka­n Thomson Reuters.

"Laporan itu menyebut ekonomi Islamik, yang merangkumi makanan halal, kewangan Islamik, pelanconga­n halal, fesyen sederhana, rekreasi dan media halal, farmaseuti­kal dan kosmetik halal, diunjurkan mencecah RM12.4 trilion menjelang 2021,” katanya.

Dalam pada itu, Najib mencadangk­an supaya Malaysia, Brunei dan Indonesia meningkatk­an kerjasama dalam mempromosi­kan ekonomi hijau termasuk teknologi hijau dan penjagaan hidupan liar.

“Kita (Malaysia) genbira untuk memudahkan perbincang­an lanjut mengenai cadangan ini dalam rangka forum yang sesuai melibatkan negaranega­ra yang bersangkut­an.

“Saya yakin bahawa usaha kolektif kita ini akan dipuji di dalam negara dan oleh masyarakat antarabang­sa kerana ia diyakini dapat mengimbang­i pembanguna­n semasa selain menjamin alam sekitar yang mapan untuk generasi masa depan,” katanya.

 ??  ?? NAJIB melawat gerai pameran yang turut dibuka sempena WIEF Ke-13.
NAJIB melawat gerai pameran yang turut dibuka sempena WIEF Ke-13.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia