Tujuh individu ditahan semasa leka berjudi

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis menahan tujuh individu termasuk lima wanita dalam satu serbuan di sebuah rumah di Luyang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata kesemua suspek berumur 31 hingga 63 tahun ditahan semasa sedang leka bermain judi secara atas talian pada jam 2 petang.

“Semasa serbuan dijalankan kita berjaya merampas tujuh unit komputer, 12 barangan berkaitan perjudian secara atas talian, lima telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai sebanyak RM705 yang dipercayai dijadikan sebagai wang taruhan perjudian itu,” katanya.

Katanya kesemua lima wanita dan dua lelaki tempatan terbabit kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 4 (B) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Beliau mengalu-alukan orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat berkenaan aktiviti jenayah di kawasan sekitar agar jenayah setempat dapat dikurangkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.