Azizah sambut baik calon wanita dalam PRU akan datang

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno Datuk Azizah Mohd Dun menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan akan meningkatkan jumlah calon wanita dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Sambil mengalualukan perkara itu, beliau memberitahu ia menunjukkan pucuk pimpinan tertinggi menghargai perjuangan Wanita yang telah banyak membantu dalam mengukuhkan parti di peringkat bahagian dan negeri.

“Kami bersyukur pucuk pimpinan mengiktiraf perjuangan wanita. Ertinya apa yang diperjuangkan Wanita Umno dan Barisan Nasional (BN) selama ini diperhatikan oleh pemimpin tertinggi dalam parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Perhimpunan Agung Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu.

Sambil berseloroh, Azizah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyifatkan adalah tidak adil jika golongan itu tidak diiktiraf semata-mata mahu mengetengahkan calon lelaki muda pada PRU-14.

Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

SERAH-TERIMA TUGAS...Gambar pertama menunjukkan Komander Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) Senior Asisten Komisioner Zanuddian Samsu Hadi (dua kiri) menyaksikan Majlis serah-terima tugas jawatan PT Kewangan dan Bangunan Briged Sabah antara Asisten Superintendan Mohd Nazlan dan Asisten Superintendan Pengiran Mohammad Zamri.

Gambar kedua menunjukkan penyerahan tugas Pegawai Turus Pengangkutan Briged antara Asisten Superintendan Jasvinus Sidin dengan Asisten Superintendan Mukhtriar Singh Hari Singh (kiri). -

AZIZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.