4,000 beg Survival Kit Prihatin@KKLW akan diberikan untuk mangsa banjir

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Survival Kit Prihatin@KKLW bertempat di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada Rabu.

Tujuan penyediaan ‘survival kit’ itu adalah sebagai persediaan untuk keperluan asas diri yang diperlukan ketika di pusat pemindahan mahu pun kegunaan harian setelah pulang ke kediaman selepas banjir.

Sebanyak 4,000 beg Survival Kit Prihatin@ KKLW akan disediakan secara berperingkat yang mengandungi 16 barang keperluan asas diri seperti beg sandang, tuala muka serta tuala mandi, kain sarung, biskut, makanan ringan dan lain-lain lagi.

Pada 14 November lalu, seramai 1,650 sukarelawan telah terlibat dalam aktiviti gotong-royong di Pulau Pinang.

Sehingga kini, jumlah sukarelawan Prihatin@ KKLW adalah sebanyak 4,416 yang terdiri daripada warga KKLW dan agensi seperti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) dan lain-lain lagi.

Ismail Sabri menunjukkan ‘survival kit’ pasca banjir dalam majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.