Terima suara akar umbi berhubung soal calon

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno Penampang Noraini Idris mahu pucuk pimpinan supaya mengelak daripada melakukan perkara yang sama berhubung soal calon sepertimana yang berlaku pada pilihan raya umum (PRU) lepas.

Sebaliknya kata beliau, pucuk pimpinan harus bijak memilih calon yang sesuai dengan mengambil kira aspek tertentu dengan meletakkan calon yang berkebolehan serta disenangi oleh masyarakat akar umbi.

“Sebelum PRU lepas pun kita sudah nampak calon yang dipilih itu sukar untuk memenangi kerusi yang ditanding, tetapi masih berkeras untuk meletakkan calon yang sama, dan ini telah merugikan kita.

“Justeru, untuk kali ini kita perlu menerima suara masyarakat di peringkat akar umbi berhubung soal calon. Jika mereka tidak mahu, kita jangan paksa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu.

NORAINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.