Anifah bertemu Gabenor Jeneral New Zealand

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional - Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengadakan pertemuan dengan Gabenor Jeneral New Zealand Dame Patsy Reddy, di sebuah hotel di ibu negara pada Rabu.

Pertemuan berlangsung selama kira-kira 30 minit. Dame Patsy tiba bersama suami David Gascoigne dan delegasi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.40 malam Selasa, untuk lawatan negara sulung selama empat hari ke Malaysia.

Ketibaan di lapangan terbang disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri selaku menteri pengiring. Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia John Subritzky.

Menurut Wisma Putra, lawatan itu ialah atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mu ham mad V dan ia merupakan lawatan sulung Dame Patsy ke Malaysia sejak beliau menjadi gabenor jeneral New Zealand pada September 2016.

ANIFAH bersalaman dengan Dame Patsy sempena kunjungan hormat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.