Lelaki didakwa bunuh pemuda 19 tahun ketahui nasib 14 Dis

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini akan menyampaikan keputusannya pada 14 Disember, terhadap seorang lelaki yang didakwa membunuh seorang pemuda.

Ismail Rasad, 38, akan mengetahui nasibnya di hadapan Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad, sama ada diperintahkan membela diri atas pertuduhan itu atau sebaliknya.

Keputusan berkenaan dibuat, setelah kes terbabit ditutup pada peringkat pendakwaan setelah saksi ke-12 dipanggil memberikan keterangan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh membunuh mangsa yang berusia 19 tahun, pada 1 Mei tahun lalu di sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Rampayan, Manggatal.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Sebelum ini tertuduh yang diwakili peguam Ram Singh, pernah diperintahkan dirujuk ke hospital psikiatri untuk pemantauan.

Kini Ismail direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.