Penunggang motosikal maut

Rempuh kenderaan pacuan empat roda

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

LABUAN: Seorang lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tun Mustapha, bertentangan Lapangan Terbang Labuan, awal pagi Rabu.

Ramli Samil, 20, tercampak daripada motosikalnya dan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada 2.36 pagi itu.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Pohon Batu dari pusat bandar apabila tiba-tiba hilang kawalan, sebelum merempuh sebuah Range Rover yang diletak

“Kami ingin menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati, terutama ketika memandu pada waktu malam dan jangan melebihi had laju yang ditetapkan.

di sisi jalan setelah tayarnya pancit.

Ketua Polis Labuan ACP Adzhar Othman berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Nukleus Labuan dan beliau meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.

“Kami ingin menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati, terutama ketika memandu pada waktu malam dan jangan melebihi had laju yang ditetapkan,” katanya.

Selain itu, Adzhar berkata kes kemalangan di Labuan semakin berkurangan iaitu sembilan berbanding 17 kes pada tahun lepas.- Bernama

ACP ADZHAR OTHMAN Ketua Polis Labuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.