Wanita dibunuh dipercayai kerana dendam

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KAMPAR:Kespembunuhan seorang wanita yang ditemukan mati dengan kesan jerutan pada leher di sebuah ladang kelapa sawit di Taman Permai, Mambang Di Awan di sini minggu lepas, dipercayai bermotifkan dendam.

KetuaPolisDaerahKampar Supt Ng Kong Soon berkata ia berdasarkan siasatan awal ke atas empat suspek yang direman sejak Ahad lepas hingga 8 Dis ini.

“Hasil soal siasat, pihak polis telah menemukan semula barang peribadi milik mangsa yang disembunyikan di kawasan semak tidak jauh dari tempat kejadian.

“Dengan tertangkapnya kesemua suspek ini, kita percaya kes ini berjaya diselesaikan,” katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Ngberkatakesemuasuspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan, berumur lingkungan 40 hingga 50 tahun dengan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.

Pada 1 Nov lalu, S. Letchumi, 28, dari Bandar Baru Kampar, ditemukan mati dalam keadaan terlentang oleh seorang lelaki berusia 60 tahun yang mahu mencari cendawan di ladang berkenaan dan mangsa dipercayai dibunuh kurang daripada 24 jam.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.