Utusan Borneo (Sabah)

Fenomena air pasang besar, APM Tawau berjaga-jaga

Fenomena air pasang besar

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau mengambil pendekatan berjaga-jaga memantau perkembang­an fenomena air pasang besar di sekitar Bandar Tawau.

Pegawai APM Tawau Hussain Mohd Noor berkata orang ramai dinasihatk­an supaya tidak mudah panik namun perlu mengambil berat dan berwaspada dengan fenomena terbabit.

“Masyarakat seharusnya lebih peka dan harus mementingk­an keselamata­n diri serta keluarga masingmasi­ng, termasuk tidak bebas mandi atau bermain ketika air pasang.

“Kita berharap masyarakat juga sentiasa melaporkan perkembang­an situasi semasa di kawasan masing-masing dari masa ke semasa kepada pihak berwajib,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo, di sini pada Khamis, mengulas fenomena air pasang besar semenjak empat hari lepas yang turut berlaku di kawasan daerah ini.

Menurut Hussain, fenomena air pasang besar paling tinggi dilaporkan berlaku pada Selasa lepas apabila merekodkan ketinggian sehingga 3.8 meter di sekitar Bandar Tawau.

“Kita ada melakukan pemantauan keadaan air pasang besar di Bandar Tawau susulan aduan yang diterima daripada orang awam mengenai fenomena berkenaan,” katanya.

Antara kawasan yang dipantau di Bandar Tawau meliputi Jalan Chester, Pasar Tanjung UTC dan persisiran pantai termasuk Persiaran

Masyarakat seharusnya lebih peka dan harus mementingk­an keselamata­n diri serta keluarga masing-masing, termasuk tidak bebas mandi atau bermain ketika air pasang.

HUSSAIN MOHD NOOR

Pegawai APM Tawau

Traulsen.

Tinjauan Utusan Borneo pula mendapati kesan fenomena air pasang turut berlaku di kawasan penempatan penduduk padat, Kg Baru Pasir Putih selain di Bandar Tawau.

 ??  ?? SEORANG lelaki berjalan di ruangan kaki lima premis bangunan, Jalan Chester, yang terjejas akibat fenomena air pasang besar.
SEORANG lelaki berjalan di ruangan kaki lima premis bangunan, Jalan Chester, yang terjejas akibat fenomena air pasang besar.
 ??  ?? JALAN Chester, Bandar Tawau antara kawasan terjejas berikutan fenomena air pasang yang berlaku.
JALAN Chester, Bandar Tawau antara kawasan terjejas berikutan fenomena air pasang yang berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia