Utusan Borneo (Sabah)

Harith Iskander terima anugerah daripada Duta Finland

-

PELAWAK popular Harith Iskander yang meraih gelaran ‘Funniest Person in the World’ anjuran Laugh Factory di Finland Disember tahun lalu, menerima anugerah itu daripada Duta Finland di Malaysia, Petri Puhakka.

Anugerah itu disampaika­n sempena majlis sambutan Hari Kemerdekaa­n Finland ke-100 di sini, pada Rabu lepas.

Harith, yang hampir 30 tahun berke-cimpung dalam dunia lawak solo, berkata anugerah itu adalah satu penghormat­an buat dirinya dan menjadi pemangkin untuk terus terbabit dalam industri hiburan.

“Anugerah ini memang di luar jangkaan saya, ...saya sangat berterima kasih dan menghargai­nya.

“Insya-Allah, pertanding­an yang sama iaitu Funniest Person in the World 2018 akan diadakan di negara ini dan saya akan terbabit dalam pertanding­an,” katanya selepas menerima anugerah itu.

Pada Disember 2016, sebagai pemenang, Harith memperoleh AS$100,000 (RM448,000) serta melakukan persembaha­n komedi dalam siri jelajah di Amerika Syarikat selain menerima liputan luas media seluruh dunia.

— Bernama

 ??  ?? Harga RM1.20
Harga RM1.20
 ??  ?? DIIKTIRAF:
DIIKTIRAF:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia