Sembilan penagih, pengedar ditahan dalam Ops Sarang Bersepadu

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PAPAR: Seramai sembilan penagih dan pengedar dadah ditahan dalam Ops Sarang Bersepadu yang dijalankan di Skim Penempatan, Rose Garden Kinarut dan Kampung Laut Papar di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman berkata operasi bersepadu dijalankan bermula jam 10 malam Rabu sehingga 3.30 pagi Khamis.

“Hasil serbuan di tiga lokasi berjaya menahan sembilan suspek lelaki termasuk enam penagih dan tiga pengedar dadah yang positif dadah jenis syabu.

“Pasukan serbuan turut merampas syabu seberat 10.26 gram,” katanya sambil berkata operasi disertai seorang pegawai kanan serta tujuh anggota dan enam anggota Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM).

Beliau berkata kesemua suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) manakala tiga pengedar disiasat mengikut Seksyen 39A(1)AktaDadahBerbahaya 1952.

Tambahnya operasi bersepadu adalah satu inisiatif dalam pencegahan kegiatan jenayah dadah khasnya di daerah ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.