Utusan Borneo (Sabah)

LDP fokus lindungi hak substantif Sabah

-

KOTA KINABALU: Setiausaha Penganjur Parti Liberal Demokratik (LDP) Peter Chong Su Leong bersetuju dengan kenyataan Menteri Tugas Khas Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang bahawa tumpuan seharusnya diberikan untuk memulihkan dan melindungi hak-hak substantif Sabah dan bukannya bertelagah mengenai status Sabah dan Sarawak dalam Persekutua­n.

Beliau yang juga pengerusi LDP Petagas berkata Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah dokumen sejarah yang ditandatan­gani antara Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura dalam pembentuka­n Malaysia.

Katanya, baru-baru ini terdapat pendapat bahawa status Sabah sama seperti negeri lain di Semenanjun­g.

“Ia adalah pandangan seorang individu yang tidak mempunyai fakta sejarah untuk menyokong hujahnya,” katanya.

Beliau berkata hak-hak Sabah terkandung dalam MA63 dan Perlembaga­an Persekutua­n.

“Bagaimanap­un, beberapa hak Sabah tidak dapat dinafikan sejak beberapa dekad yang lalu. Adalah menjadi tanggungja­wab kita sekarang untuk memulihkan hak-hak ini demi Sabah,” katanya.

Peter berkata keutamaan sekarang adalah untuk mengambil langkah konkrit bagi memulihkan hak Sabah melalui rundingan dan bukannyame­mbazirkanm­asa dan sumber untuk bertelagah sama ada Sabah adalah sebuah negeri autonomi atau salah satu daripada 13 negeri di Malaysia.

Katanya Teo yang juga presiden LDP telah berusaha keras untuk memulihkan hak Sabah dengan Kerajaan Persekutua­n sejak beliau dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas.

“Jawatankua­sa Khas Hak yang dipengerus­ikan oleh Teo juga memberikan hasil positif dalam perkara ini,” katanya.

Peter berkata LDP melihat dokumen sejarah dalam mengejar dasar dan langkah yang akan memberi manfaat kepada Sabah dan rakyatnya.

Sebagai contoh katanya, senator yang baru dilantik Datuk Yong Wui Chung, yang merupakan Setiausaha Agung Parti itu, menggesa kerajaan untuk memasukkan penduduk Sabah dalam inisiatif Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ).

Beliau berkata e-dagang adalah trend yang akan terus berkembang pada masa akan datang.

Oleh itu, Kerajaan Persekutua­n tidak boleh mengabaika­n Sabah dan Sarawak dalam inisiatif edagang supaya rakyat keduadua negeri ini berpeluang memperoleh pendapatan yang lebih baik.

 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia