KSG kukuh jati diri guru Pasti Sabah

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

SANDAKAN: Kem Sahsiah Guru (KSG) yang dianjurkan oleh Unit Latihan Guru Jabatan Pasti Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah telah memperkukuhkan jati diri guru apabila ia diadakan dalam suasana penuh tarbiyah.

Program selama tiga hari yang diadakan di Scouts Nature Park, di sini, itu telah menyelitkan beberapa program tarbiyah seperti Kembara Malam yang memerlukan peserta berjalan seorang diri di dalam hutan pada waktu malam.

Peserta yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan juga dihidangkan dengan aktiviti lasak ala askari pada siang harinya di samping perlu mencabar diri dengan melepasi kolam yang hanya direntangi dengan tali disamping aktiviti berakit yang menguji daya tahan peserta.

Selain itu, program kali ini juga diisi dengan beberapa aktiviti motivasi serta pengisian akademik yang disampaikan oleh tetamu jemputan dan tazkirah agama yang menjadi tugasan kepada peserta.

Menurut Ketua Unit Latihan Guru, Burhan Nurdin, KSG merupakan kursus pelengkap bagi guru Pasti selepas KAPP dan KSPP yang melayakkan mereka untuk konvokesyen bagi Sijil Perguruan Pasti.

“Ia adalah proses yang ditetapkan oleh Pasti Malaysia bagi menghasilkan guru yang berkualiti bukan sahaja di bilik darjah bahkan juga di lapangan,” tambahnya.

Dalam acara perasmian yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Sabah Ust Rosli Hasani, beliau berpesan bahawa guru Pasti adalah ejen parti kepada masyarakat yang perlu selalu bergaul dengan orang ramai bagi menyampaikan Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.