Lelaki ke tali gantung

Didapati bersalah edar 7,494 gram dadah

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 21 tahun dikenakan hukuman gantung mandatori, oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas kesalahan mengedar dadah.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap Lim Cheng Yung, selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mahkamah menyampaikan keputusannya pada Khamis, selepas perbicaraan penuh dijalankan.

Dalam penghakiman berkenaan, mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan diluar munasabah.

Tertuduh mengedar dadah seberat 7,494 gram dadah pada 19 Mei jam 2.50 petang di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

Sepanjang prosiding pendengarankes,Limdireman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Timbalan Pendakwaraya Nazir Amir Johari dari Jabatan Kastam melakukan pendakwaan berkenaan, manakala peguam Ram Singh mewakili tertuduh.

“Dalam penghakiman berkenaan, mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes ” melampaui keraguan diluar munasabah.

LIM (kanan) mendengar penjelasan Ram (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.