PPM Tawau tahan suspek penyeludup tong LPG

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menangkap seorang suspek penyeludup barangan kawalan dan menyita 38 tong gas petroleum cecair (LPG) di laut Sg Tongkang, Pulau Sebaik, di sini pada Rabu.

Pegawai Pemerintah DSP Mohd Nazri Ibrahim berkata PPM Tawau turut merampas 950kg minyak masak, 950kg gula pasir, jongkong dan dua enjin sangkut 40 kuasa kuda.

“Suspek, 28, yang juga juragan jongkong itu ditahan semasa dalam perjalanan menuju ke Sg Haji Kuning, sebelum sepasukan PPM Tawau bertindak menahannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan medianya, di sini pada Khamis, mengulas mengenai kejayaan terbaharu PPM Tawau mengekang aktiviti penyeludupan di Tawau.

MohdNazriberkatasuspek, bot serta muatannya ditahan kira-kira jam 6.30 petang Rabu, sebelum dibawa ke Pangkalan PPM Tawau kirakira jam 7.20 petang.

“Suspek ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3 (1) PeraturanPeraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Tindakan selanjutnya, suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.