Naib Canselor UMS terima pangkat Kapten (Kehormat) PSSTLDM

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin dianugerahkan pangkat Kapten (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) dalam satu majlis rasmi pada Khamis.

Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat PSSTLDM itu disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin di Bilik Mesyuarat Markas Tentera Laut, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Penganugerahan pangkat itu diberikan selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V yang memperakukan keputusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) Ke-558 yang bersidang pada 23 Ogos untuk mentauliahkan Kamarudin sebagai Kapten (Kehormat) PSSTLDM.

Hadir sama menyaksikan penyempurnaan majlis pemakaian pangkat itu ialah Pegawai Kanan TLDM Laksamana Pertama Khalid Jaafar dan Dekan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan UMS Komander (Kehormat) Prof Dr Sharifudin Md Shaarani.

Kamarulzaman (kiri) dan Khalid (kanan) memakaikan pangkat Kapten (Kehormat) PSSTLDM kepada Kamarudin.

AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.