Kesetiaan kepada kepimpinan faktor utama kekuatan parti

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

PEMBANTU Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat menyifatkan ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib begitu serius mengenai ketaatan dan kesetiaan kepada kepimpinan.

Beliau yang juga Adun Tanjung Batu berkata ucapan Najib memberi keutamaan kepada kesetiaan terhadap kepimpinandanjugaperjuangan parti yang menjadi faktor utama bagi menjamin keutuhan dan kekuatan Umno pada masa kini dan PRU yang akan datang.

Menurut beliau, ucapan dasar presiden yang menekan betapa pentingnya sikap setia terhadap parti dan perjuangan, merupakan satu amanat yang amat penting untuk dihayati, dalam senario politik hari ini bagi menghadapi sebarang cabaran dan serangan daripada pihak pembangkang.

“Pada pandangan saya, penekanan ucapan presiden terhadap sikap wala’ kepada kepimpinan dan perjuangan parti ini cukup memberikan makna yang sungguh besar untuk difahami dan dihayati oleh para perwakilan dan juga kepimpinan Umno sama ada di peringkat tertinggi mahupun di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan dasar Najib sempena Perhimpunan Agung Umno yang akan berakhir pada Ahad ini.

“Kita akur dengan pucuk kepimpinan parti, sesiapa saja yang dipilih sebagai calon harus diterima oleh rakyat. Kita sokong dan menerima siapa sahaja yang dipilih pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada PRU14,” katanya.

HAMISA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.