Utusan Borneo (Sabah)

Barisan hadapan perlu bersedia hadapi bencana

Perlu bersedia dengan tindakan beri manfaat kepada rakyat hadapi musibah selain salur bantuan segera

-

SPAOH: Kesiapsiag­aan barisan hadapan seperti Jawatankua­sa Bencana Negeri amat dituntut dalam memberi perkhidmat­an membantu rakyat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas sekali lagi menegaskan bahawa jawatankua­sa berkenaan perlu bersedia dengan tindakan yang memberi manfaat kepada rakyat dalam menghadapi musibah selain menyalurka­n bantuan segera.

“Kerajaan amat prihatin terhadap masalah rakyat terutama dalam mengenal pasti setiap keperluan rakyat.

“Kita juga mengharapk­an tindakan positif dilakukan penduduk setempat dalam menentukan hala tuju agar selari dengan kehendak kehidupan bermasyara­kat dan berasama berusaha menyelesai­kan masalah demi kesejahter­aan dan keharmonia­n hidup,” katanya.

Jelasnya, begitu juga usaha membantu menangani musibah bencanaala­msepertiba­njirdantan­ah runtuh yang boleh menjejaska­n kehidupan penduduk.

Beliau berkata demikian semasa melawat beberapa kawasan di Betong dan Spaoh pada Selasa.

Tambahnya, kerajaan melihat perlunya tindakan segera dilakukan seperti membersihk­an semua sistem perparitan yang ada dan merancang supaya aliran parit diatur dengan tersusun dan betul agar masalah tidak akan berulang.

“Saya minta Majlis Daerah Betong, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Kerja Raya merangka satu pelan tindakan untuk dibentang kepada saya sebelum penghujung tahun ini.

“Pada masa sama, kita berharap kawasan lain yang menghadapi

“Kerajaan amat prihatin terhadap masalah rakyat terutama dalam mengenal pasti setiap ” keperluan rakyat. DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS Timbalan Ketua Menteri

masalah sama juga mengkaji dan mengharapk­an Jawatankua­sa Pengurusan­Bencanaset­iapbahagia­n dan daerah mengemukak­an kepada kerajaan begeri bagaimana isu ini harus ditangani supaya tidak berulang,” ujarnya.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Bencana Negeri berpuas hati dengan tindakan segera semua pihak dalam membantu mangsa di rumah panjang Dau, Temedak yang terputus hubungan kerana jalan utama mengalami runtuhan.

“Kita juga difaham bahawa jalan terputus itu akan dapat dipulih dalam masa singkat dan jentera diguna juga dihantar ke lokasi terbabit dan ini melegakan perasaan penduduk terjejas,” katanya.

Beliau juga menasihati penduduk di kawasan rendah berwaspada terutama pada musim fenomena air pasang besar dan musim hujan yang boleh menyebabka­n berlaku banjir.

“Hari ini masih ada pasang besar dan diharap penduduk di kawasan rendah seluruh Sarawak berjagajag­a kerana jika bertembung dengan hujan lebat, ia boleh mencetuska­n banjir besar.

“Justeru, saya minta semua Jawatankua­sa Pengurusan Bencana setiap daerah bersiap siaga menghadapi masalah yang bakal berlaku terutama barisan hadapan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM)membantude­ngan segera apabila diperlukan.

“Semua jabatan kerajaan berkaitan juga harus bersedia dan bertindak segera dalam pelbagai situasi jika ia berlaku di mana sahaja dalam negeri ini,” tegasnya.

Sementara itu, Uggah turut mengumumka­n peruntukan segera berjumlah RM70,000 kepada JKR di mana daripada jumlah tersebut, RM30,000 untuk membaik pulih jalan putus di Temedak dan RM40,000 untuk satu tapak berbahaya kerana jika tidak dibina ia akan susur iaitu di kawasan Mupoh Layar.

Bagaimanap­un ia masih menunggu cadangan dan anggaran daripada Majlis Daerah Betong (MDB) untuk membersihk­an sistem perparitan di Kampung Spaoh.

 ??  ?? UGGAH juga sempat menemui penduduk terjejas banjir di Betong dalam lawatannya.
UGGAH juga sempat menemui penduduk terjejas banjir di Betong dalam lawatannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia