Dron dari India ‘menceroboh’ ruang udara, terhempas: China

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

BEIJING: Sebuah dron dari India ‘menceroboh’ ruang udara China dan terhempas, kata kementerian pertahanan China semalam, beberapa bulan selepas kedua-dua negara jiran itu menamatkan salah satu ketegangan sempadan mereka yang terburuk sejak beberapa dekad.

“Tindakan India mencabuli kedaulatan negara China. Kami menyuarakan sekeraskerasnya rasa tidak puas hati dan bantahan kami,” timbalan pengarah biro tempur medan barat angkatan tentera Zhang Shuili menyebut dalam satu kenyataan.

Zhang tidak memberi maklumat tentang bila atau di mana insiden tersebut berlaku.

Anggota tentera sempadan China “mengambil sikap profesional dan bertanggungjawab” dan menjalankan pengesahan pengenalan bagi alat tersebut, kata Zhang.

“Kami akan menunaikan misi kewajipan kami dengan bersungguh-sungguh dan mempertahankandengantegas kedaulatan dan keselamatan negara kami,” ujarnya.

Kedutaan India di Beijing enggan membuat kenyataan.

Pada Ogos lalu, keduadua negara mengundurkan tentera masing-masing untuk menamatkan ketegangan berhubung sebahagian daripada sebuah dataran tinggi Himalaya yang dituntut oleh China dan Bhutan, sekutu India.

Ketegangan itu bermula pada pertengahan Jun selepas tentera China mula membina jalan di dataran tinggi terpencil Doklam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.